Friday, January 20, 2012

TRAUMA

Mase kecik2 dl...mesti ade satu benda yang kite takut..dan kadang kala,,benda yang kite takut tu membawa ke masa remaja kita...tak pun sehingga ke hari tua kita (korang jangan nak tipu tak takut pape k..dusta!)..yee..same macam aku...aku juga ade kelemahan.....takut di tmpat yang tinggi...dalam erti kata lain, aku ni GAYAT!!...mmg ni masalah aku sampai sekarang..

Gayat pada tempat tinggi ni berlaku mase aku FORM 2 dimana mase tu aku keluar OUTING ngan kekawan kat Jaya Jusco, Melaka..maklumla..budak duk asrama..terperap kat bilik sehari suntuk...dapat je peluang keluar...jadi macam kera dapat bunga!sume nak berebut2 naik bas sekolah yang memuatkan pelajar seramai 47 orang tu jer..tp ramai punye pasal yang nak gi outing, maka bas dipadatkan sehingga jumlahnya menjadi 58 orang..ade yang amek inisiatif untuk gi outing ngan naik bas biasa je..tapi...kene la tanggung risiko bas yang sampai kat tempat aku belaja nie...BAS BATANG MELAKA akan sampai 4 jam sekali...kalo terlepas, kene la tunggu lagi 4 jam...haha..payah duk sekolah asrama (sekolah asrama penuh integrasi selandar, jasin melaka) yang letaknya kat hujung melaka nie..

Nak dijadikan cerita...aku pun gi la outing dengan berpakaian baju batik biru bercorakkan logo sekolah berseluarkan slack hitam ke JJ Melaka..Mase nak melintas jalan kat depan jj tu..aku n da gang naik la jejantas...membe aku ni plak bley la melawak kat atas jejantas tu..main tolak2...sekali tertolak aku...maka tersungkur la aku...mata aku menghadap bawah,,badan da separuh nak keluar...kaki da terjongket sikit dari line tepi jejantas...kereta lalu lalang kat bawah dengan sangat laju..hanya aku boleh katakan, " TUHAN, SELAMATKAN AKU"...nasib baik kua outing ramai2..hmm..seluar aku terkoyak kat bahagian lutut...pas aku mengucap banyak2, kawan yang tertolak aku tu pun kene la maki hamun aku tanpa henti...!!haha..

SEKADAR GAMBAR HIASAN

Di sebab kan kejadian nie..aku tetibe jadi trauma kat tempat tinggi,,takut nak naik jejantas..kalo naik pun, mengambil sebanyak 100++ langkah berbanding manusia biasa yang hanya menggunakan beberapa langkah sahaja tuk sampai ke hujung..BAPAK aku suh panjang pokok rambutan kat umah aku tu pun, aku tak mampu disebabkan trauma yang berpanjangan nie...
vs


SEKADAR GAMBAR HIASAN

Kalo nak dibandingkan takut aku kepada hantu dengan takut aku naik jejantas,,,,ooooo...beza jauh kot...hantu tu tak takut sangat..tp jejantas nie...!!SERAM!!

Kesimpulan yang aku boleh wat..jangan la bergurau tak bertempat.. gurau ni memang best tapi kalo tersalah langkah, ianya boleh mengundang maut..dan menambahkan kebencian orang lain terhadap diri kita..

Ok la...tu je nak kongsi...
Wslam ^___^



Thursday, January 5, 2012

2012 dunia akan berakhir??



Kalau dalam iklan syampoo Clear ade mengatakan tahun 2012 akan berakhir..itu hanyalah cerita dongeng saje..!!begitu jugak filem orang putih '2012' yang boleh dikatakan hangat dipertontonkan di panggung2 pada 2 tahun yang lepas..ini semua bukan kerja manusia untuk menafsirkan segala yang telah diatur oleh Allah s.w.t...bia Dia yang menentukan segalanya..sesungguhnya, Dia Maha Pencipta dan Maha Mengetahui..



Rasanya dah lebih 6 bulan aku tak update blog nie disebabkan kesibukkan yang melampau dan juga masalah peribadi yg tak dapat aku elakkan..tetibe hari ni tangan aku mule gatal nak menaip..dan aku terus hadap laptop dan teruskan hajat aku untuk mengisi post baru dalam blog aku..

Sepanjang 6 bulan lepas, banyak perkara yang aku alami,,ada yang suka..ada yang duka..namun, biarkan la ia berlalu..kerana, masa yang da lepas, aku tak boleh nak berpatah balik mahupun dibeli dengan wang ringgit..pepatah pun ada cakap yang "MASA ITU EMAS"..benda yang sangat berharga..kalo kite pandai menggunakan masa, masa itu akan menjadi kenangan yang indah buat kite..



Alhamdulillah, result semester lepas aku "lulus" tp ade penurunan dari segi pointer aku sebanyak 0.04..tp takpe la...sem lepas exam susah..aku bersyukur sbb tak gagal dalam exam tu...dan aku dengar banyak maktab yang lain gagal dalam subjek KALKULUS...yang gagal, teruskan berusaha,,usaha yang berterusan dan diteguhkan dengan amal ibadah serta doa..insyaAllah, kejayaan akan menyusul tiba..

Tahun nie, subjek agak tak best...inilah hakikat belajar...nak taknak.,kene belajar..tp aku macam biasa lah..dalam kelas tido...tadi baru je kene tegur dengan pensyarah sebab tidur..depan die plak tu...haha..kantoi bodoh...sejak kebelakangan nie aku tak dapat tidur malam..entah..aku pun tak tau kenapa..jadi macam burung hantu yang aktif pada waktu malam...siang tido..


Sem ni jugak, aku akan berlatih untuk menjadi guru di sekolah...entah macam mane la rupe aku jadi cikgu...anak murid entah suke ke tak..nasib baik sem nie sebulan je..kalo berbulan2, masak aku...orang selalu kata jadi cikgu senang..itu semua kata2 dusta..!jadi cikgu bukan semudah yang disangka..salah ajar, lain jadinya..

Di Sekolah, guru bukan hanya mengajar malah dialah yang akan jadi bapa dan ibu kepada murid2..kerenah murid yang bermacam2 jenis menyukarkan lagi proses nak mengajar diorang..guru jgak kene jadi macam2...di dalam kelas..gurulah pelakon terhebat...di pejabat, dialah yang memegang seribu jawatan..dari jawatan kuasa hinggalah ke pengerusi dalams sesuatu program yang dianjurkan oleh pihak sekolah..sape yang katakan perkerjaan guru itu mudah, anda cuba lah rasa...

Aku hanya tinggal 2 tahun untuk bergelar guru..pasal cari jodoh, aku ketepikan dulu..sebab, aku nak berjaya terdahulu..esok2 senang..kereta da ada, rumah dah ada..duit dah ada..baru lah cari permaisuri dalam hidup...itu pun kalau ada yang nak kat aku..haha..

ok la..stakat ni saja aku nak melalut.,orang lain sibuk nak pi mandi..nak solat maghrib..aku lak sibuk menaip mase maghrib2 nie...lain kali aku aku melalut lagi..
wslm...

^___^