Saturday, October 27, 2012

UPDATE....EXAM....

Banyak dugaan yang melanda aku ketika nak tulis blog ni...dan sbb inilah aku jarang menulis sekarang..sedang sibuk orang lain belajar di maktab, aku pulak sibuk membuta di belakang kelas..Ini disebabkan faktor kesukaran untuk aku tido malam..penah dengan nama penyakit INSOMNIA..??aku rasa nilah penyakit yang aku dapat sekarang..rasa gelisah je bile nak tido..tapi lantak la kan...janji dapat tido dalam aircon kat kelas :)



SEKADAR GAMBAR HIASAN (INSOMNIA)


TAK SENGAJA TIDO....

Sabtu ahad pulak sibuk dengan kerja sambilan..maklumlah, mencari nafkah tuk anak bini...nak beli susu anak lagi...tu belum masuk lampin dengan pakaian anak lagi..hehe...(alasan kerja)...orang lain seronok rehat kat bilik tp aku kuar kerje dengan alasan dapat la duit poket sikit disamping pengalaman yang aku rasakan perlu untuk kehidupan aku...dats y aku tak update2 blog aku nie..

Exam tinggal 2 hari je lagi..tapi haram aku tak bace pape disebabkan leka dengan permainan komputer yang sungguh melalaikan pemikiran aku..Benda-benda macam nie la yang cuba aku nak elak tapi apakan daya, aku seorang manusia biasa..yang tidak terlepas daripada bermain dan leka seperti manusia lain....(ayat haram sudah keluar..haha)...inilah sebenarnya benda yang boleh melepaskan tekanan exam...asik membaca je pun tak boleh...kadang-kadang otak kita jugak perlu rehat...belajar dapat pointer tinggi tp kehidupan/ life tak ade...memang betul pointer tu penting, tp terserahlah kepada cara mereka itu belajar...setiap individu itu berbeza dan mempunyai 1001 ragam gaya pembelajaran...

Gaya aku belajar senang je......
  1. Kene ade Nescafe/ Milo panas kat sebelah...
  2. Lagu jiwang kene pasang.. (malay only)
  3. Belajar last minit memerlukan masa yang lebih..maka, aku tak tido satu malam untuk satu2 subjek..(kebiasaannya, malam tula aku baru tau benda yang aku belajar selama ni..kat dalam kelas tak penah tau pun benda tu wujud)
  4. gitar mesti ade sebelah sebb, kalo otak tepu kene nyanyi sikit tanpa menghiraukan ahli bilik yang lena dibuai mimpi..
Itu aku, so takyah nak komen sangat la kan...sebab korang ade cara belajar korang sendiri..sem nie ade 3 paper je....takde la tekanan sangat..cume malas nak membaca...hehe..banyak sangat teori nak kene faham...

Hanya tinggal setahun je lagi....so, harap2 dapat bertahan... :)
Selamat menjalani peperiksaan kepada semua IPG di Malaysia......



Monday, July 2, 2012

ALUMNI SKSK 1997- 2002

Banyak kenangan dalam dunia ni yang tidak boleh kita lupa sama sekali meskipun yang hadir itu adalah kenangan yang manis mahupun pedih. Bagi aku semua kenangan tu penting untuk aku menceritakan semua kisah hidup aku kepada generasi yang mewarisi keluarga aku nanti.

     "Mat nak tau, ayah dulu pernah sepak ibu mat sampai terjatuh longkang..ayah mase tu nak gurau je..hehe," kata ayah kepada si anak mengingatkan kembali detik-detik indah semasa dating...

Saat paling indah ketika di sekolah rendah bersama rakan-rakan tidak pernah aku pudarkan dalam fikiran. Dari saat kami hanya berjalan kaki untuk kemana-kemana hinggalah mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak menjadikan aku sering teringat akan semua peristiwa yang membabitkan antara aku dan mereka. Meskipun kini kami sudah berusia 22 tahun dan masing-masing membawa hala tuju sendiri dengan memasuki institut pengajian tinggi, bekerja mahupun berumah tangga, namun kami tidak pernah melupakan antara satu sama lain. ALUMNI yang kami cipta menjadikan kami bersatu seperti dahulu.

ALUMNI yang pertama.
Hanya main boling dan berkarok...kat SEREMBAN PARADE.

SELEPAS PENAT MAIN BOWLING 
ALUMNI yang kedua
Aktiviti memanjat Bukit Broga dan Berekreasi di Sungai Tekala, Mantin.

MUKE BAJET TAK PENAT..

ALUMNI yang ketiga
Pendakian Gunung Datuk, Rembau.

PUNCAK GUNUNG DATUK

ALUMNI yang keempat
BBQ yang membabit 34 ahli alumni hadir.





ALUMNI yang kelima
BBQ di Pantai Morib dan melihat Kelip-kelip di Kg Kuantan, Hulu Selangor


SELEPAS BBQ






ALUMNI yang keenam
BELUM ADA LAGI..dalam proses..INSYAALLAH akan adanya aktiviti berbuka bersama di UMBAI, Melaka..gi makan ikan bakar!!haha..semoga apa yang kita laksanakan ni dapat mengukuhkan lagi tali persaudaraan kita.


Kini, jumlah ahli ALUMNI Sekolah Kebangsaan Seri Kelana 1997-2002 telah mencecah seramai 97 orang. Tahniah kepada rakan alumni yang bertungkus lumus dalam memastikan kita semua dapat berhubung sehingga ke hari ini.
SEKIAN...

(maaf, ayat kali ni macam gampang sikit...!)

Tuesday, March 20, 2012

GURU

GURU ADALAH SEGALANYA....
GURU UMPAMA LILIN YANG MEMBAKAR DIRINYA BAGI MENERANGI
HATI MURID UNTUK MENERIMA ILMU..

SELAIN MENGAJAR, INILAH TUGAS GURU...
GURU ADALAH PENGAJAR YANG SEJATI...
GURU ADALAH HAKIM DI KALA MURID MELAKUKAN KESALAHAN...
GURU ADALAH CLEANER DI KALA MURID MEMBUANG AIR KECIL DI DALAM KELAS..
GURU ADALAH PENJUAL MAKANAN DI KALA HARI KANTIN..
GURU ADALAH PENGADIL DI KALA HARI SUKAN...
GURU ADALAH SEORANG PELUKIS DI KALA MELUKIS MURAL SEKOLAH..
GURU ADALAH PEMBUAT PARKING KERETA MACAM GAMBAR AKU KAT BAWAH!!!HAHA




Wednesday, February 22, 2012

Kawan



Udara luar yang sejuk manje ditambah pula pepohon segar menghijau menghiasi keindahan malam (maklumlah, duk sebelah hutan kat blok 1 ipgkba nie) seolah-olah memanggil gua (muzakkir...muzakkir) tuk bercerita mengenai kisah persahabatan dan nilai sesebuah kehidupan.

Dalam hidup gua, selain daripada mak bapak dan adik beradik, kawan adalah orang ketiga terpenting...sebab istilah kawan dalam KAMUS DEWAN BAHASA MUZAKKIR (DBM) adalah seseorang yang banyak membantu hidup gua dalam meneruskan kehidupan sebagai guru pelatih di maktab nie..dalam erti kata lain, seseorang yang memberi keriangan gelak tawa tatkala duka dan penyeri di dalam susah dan senang.

Bila sebut pasal kawan, teringat pulak zaman sekolah menengah agama gua kat pedas...setiap ari sabtu malam...gua ngan kawan2 yang lain berkumpul dalam bulatan kat tengah2 surau tu..then menyanyikan lagu nasyid..!!gua kenal lagu nasyid mase kat sekolah agama tu la.. Al-maklumla,, name pun sekolah agama..takkan nak nyanyi lagu Meet Uncle Husin pulak kan..hehe..lari tul tema die tu....

So, antara lagu nasyid yang selalu dinyanyikan termasuklah lagu kawan dari kumpulan UNIC..antara rangkap yang gua masih ingat......

Oh! kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh! kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi Ummat Semesta




Nak mencari kawan, semua orang boleh..tetapi adakah kawan yang kite cari tu betul pada gayanya dan mempunyai ciri-ciri dan nilai-nilai seorang kawan..??itu terpulang la pada setiap individu untuk menilai..kerana kita sahaja yang mengenal kawan kita..

Bak kata perpatah, BERKAWAN BIAR SERIBU, BERCINTA BIAR SATU...gua sokong pepatah ni..sebab perpatah ni menunjukkan biarlah kita mempunyai ramai kawan dan setia pada yang satu iaitu kekasih..tp anak muda la nie..tau2 je la kan..tukar pepatah nie jadi lain lak..

BERCINTA BIAR SERIBU, BERKAWAN BIAR SATU
BERKAWAN BIAR SERIBU, BERCINTA BIAR SATU, DUA, TIGA
BERKAWAN BIAR SERIBU, BERCINTA NANTI DULU..

Macam2 la yang diolahnye..asalkan tak lari perkataan kawan ngan cinta tu..haha..

Sebelum gua nak akhiri post ni, gua nak ingatkan kat diri gua dan diri lu orang jugak yang ingatlah bahawa diri kita tak keseorangan...kita masih lagi ada orang yang sayang..FAMILY DAN SAHABAT...kalo korang putus cinta,,tak apa..kawan ade tuk hepi kan korang..kalo korang susah nak belajar..takpe!!kawan ade tolong ajarkan..kalo nak makan tak ade duit,,takpe..kawan ade tolong pinjamkan..maka, ingatlah..KITA TIDAK KESEORANGAN..... :)


Terima kasih sahabat :)

Friday, January 20, 2012

TRAUMA

Mase kecik2 dl...mesti ade satu benda yang kite takut..dan kadang kala,,benda yang kite takut tu membawa ke masa remaja kita...tak pun sehingga ke hari tua kita (korang jangan nak tipu tak takut pape k..dusta!)..yee..same macam aku...aku juga ade kelemahan.....takut di tmpat yang tinggi...dalam erti kata lain, aku ni GAYAT!!...mmg ni masalah aku sampai sekarang..

Gayat pada tempat tinggi ni berlaku mase aku FORM 2 dimana mase tu aku keluar OUTING ngan kekawan kat Jaya Jusco, Melaka..maklumla..budak duk asrama..terperap kat bilik sehari suntuk...dapat je peluang keluar...jadi macam kera dapat bunga!sume nak berebut2 naik bas sekolah yang memuatkan pelajar seramai 47 orang tu jer..tp ramai punye pasal yang nak gi outing, maka bas dipadatkan sehingga jumlahnya menjadi 58 orang..ade yang amek inisiatif untuk gi outing ngan naik bas biasa je..tapi...kene la tanggung risiko bas yang sampai kat tempat aku belaja nie...BAS BATANG MELAKA akan sampai 4 jam sekali...kalo terlepas, kene la tunggu lagi 4 jam...haha..payah duk sekolah asrama (sekolah asrama penuh integrasi selandar, jasin melaka) yang letaknya kat hujung melaka nie..

Nak dijadikan cerita...aku pun gi la outing dengan berpakaian baju batik biru bercorakkan logo sekolah berseluarkan slack hitam ke JJ Melaka..Mase nak melintas jalan kat depan jj tu..aku n da gang naik la jejantas...membe aku ni plak bley la melawak kat atas jejantas tu..main tolak2...sekali tertolak aku...maka tersungkur la aku...mata aku menghadap bawah,,badan da separuh nak keluar...kaki da terjongket sikit dari line tepi jejantas...kereta lalu lalang kat bawah dengan sangat laju..hanya aku boleh katakan, " TUHAN, SELAMATKAN AKU"...nasib baik kua outing ramai2..hmm..seluar aku terkoyak kat bahagian lutut...pas aku mengucap banyak2, kawan yang tertolak aku tu pun kene la maki hamun aku tanpa henti...!!haha..

SEKADAR GAMBAR HIASAN

Di sebab kan kejadian nie..aku tetibe jadi trauma kat tempat tinggi,,takut nak naik jejantas..kalo naik pun, mengambil sebanyak 100++ langkah berbanding manusia biasa yang hanya menggunakan beberapa langkah sahaja tuk sampai ke hujung..BAPAK aku suh panjang pokok rambutan kat umah aku tu pun, aku tak mampu disebabkan trauma yang berpanjangan nie...
vs


SEKADAR GAMBAR HIASAN

Kalo nak dibandingkan takut aku kepada hantu dengan takut aku naik jejantas,,,,ooooo...beza jauh kot...hantu tu tak takut sangat..tp jejantas nie...!!SERAM!!

Kesimpulan yang aku boleh wat..jangan la bergurau tak bertempat.. gurau ni memang best tapi kalo tersalah langkah, ianya boleh mengundang maut..dan menambahkan kebencian orang lain terhadap diri kita..

Ok la...tu je nak kongsi...
Wslam ^___^



Thursday, January 5, 2012

2012 dunia akan berakhir??



Kalau dalam iklan syampoo Clear ade mengatakan tahun 2012 akan berakhir..itu hanyalah cerita dongeng saje..!!begitu jugak filem orang putih '2012' yang boleh dikatakan hangat dipertontonkan di panggung2 pada 2 tahun yang lepas..ini semua bukan kerja manusia untuk menafsirkan segala yang telah diatur oleh Allah s.w.t...bia Dia yang menentukan segalanya..sesungguhnya, Dia Maha Pencipta dan Maha Mengetahui..



Rasanya dah lebih 6 bulan aku tak update blog nie disebabkan kesibukkan yang melampau dan juga masalah peribadi yg tak dapat aku elakkan..tetibe hari ni tangan aku mule gatal nak menaip..dan aku terus hadap laptop dan teruskan hajat aku untuk mengisi post baru dalam blog aku..

Sepanjang 6 bulan lepas, banyak perkara yang aku alami,,ada yang suka..ada yang duka..namun, biarkan la ia berlalu..kerana, masa yang da lepas, aku tak boleh nak berpatah balik mahupun dibeli dengan wang ringgit..pepatah pun ada cakap yang "MASA ITU EMAS"..benda yang sangat berharga..kalo kite pandai menggunakan masa, masa itu akan menjadi kenangan yang indah buat kite..



Alhamdulillah, result semester lepas aku "lulus" tp ade penurunan dari segi pointer aku sebanyak 0.04..tp takpe la...sem lepas exam susah..aku bersyukur sbb tak gagal dalam exam tu...dan aku dengar banyak maktab yang lain gagal dalam subjek KALKULUS...yang gagal, teruskan berusaha,,usaha yang berterusan dan diteguhkan dengan amal ibadah serta doa..insyaAllah, kejayaan akan menyusul tiba..

Tahun nie, subjek agak tak best...inilah hakikat belajar...nak taknak.,kene belajar..tp aku macam biasa lah..dalam kelas tido...tadi baru je kene tegur dengan pensyarah sebab tidur..depan die plak tu...haha..kantoi bodoh...sejak kebelakangan nie aku tak dapat tidur malam..entah..aku pun tak tau kenapa..jadi macam burung hantu yang aktif pada waktu malam...siang tido..


Sem ni jugak, aku akan berlatih untuk menjadi guru di sekolah...entah macam mane la rupe aku jadi cikgu...anak murid entah suke ke tak..nasib baik sem nie sebulan je..kalo berbulan2, masak aku...orang selalu kata jadi cikgu senang..itu semua kata2 dusta..!jadi cikgu bukan semudah yang disangka..salah ajar, lain jadinya..

Di Sekolah, guru bukan hanya mengajar malah dialah yang akan jadi bapa dan ibu kepada murid2..kerenah murid yang bermacam2 jenis menyukarkan lagi proses nak mengajar diorang..guru jgak kene jadi macam2...di dalam kelas..gurulah pelakon terhebat...di pejabat, dialah yang memegang seribu jawatan..dari jawatan kuasa hinggalah ke pengerusi dalams sesuatu program yang dianjurkan oleh pihak sekolah..sape yang katakan perkerjaan guru itu mudah, anda cuba lah rasa...

Aku hanya tinggal 2 tahun untuk bergelar guru..pasal cari jodoh, aku ketepikan dulu..sebab, aku nak berjaya terdahulu..esok2 senang..kereta da ada, rumah dah ada..duit dah ada..baru lah cari permaisuri dalam hidup...itu pun kalau ada yang nak kat aku..haha..

ok la..stakat ni saja aku nak melalut.,orang lain sibuk nak pi mandi..nak solat maghrib..aku lak sibuk menaip mase maghrib2 nie...lain kali aku aku melalut lagi..
wslm...

^___^

Thursday, June 23, 2011

gunung itu dato' yang punye..!!

assalamualaikum...salam satu malaysia..!

first sekali nak mintak maap banyak2 sebab da lame tak hupdate ini belog,..sebab ketiadaan internet di rumah....bukan aku je tak hupdate blog..malah abg aku yang zackzukhairi tu pun tak hupdate2 blog die...yang itu, aku tak tau...!no komen k...tanya kepada tuan punye diri sendiri,,sebab terlalu ramai tanya kat aku,,,

"hey kir, abg ko bile nak hupdate blog die??"
"haa...adik zack ke nie??abg u nak update blog bile ek??"
" hiii adik zack..dimanakah zack menghilang...??bile die nak hupdate blog die???"

letih maa nak melayan...aku hanya seorang adik yang duduk berasingan dengan abg aku...aku tido kat ruang tamu bertakhtakan permaidani dan kucing aku..abg aku lak tido kat dalam bilik bertakhtakan tilam empuk dan bantal2 yang sedap dipeluk..tak same kan ngan aku...??zack lain...muzakkir lain... ;p

taknak cite banyak...sebab die abang aku...darah daging maa..taknak la jadi macam KL GANGSTER tu,,,adik beradik pun mau gado ka..??itu duit punye pasal....gila..!tp tu la dunia,,hakikat kan..tanpa duit,,nak wat ape2 pun tak boleh...haish..

so kali ni, aku nak cite pasal gunung dato..terletak kat rembau dan mempunyai ketinggian 2900 m dari aras laut..tinggi tak tinggi jugak la..2 jam la mau sampai ke puncak die...seawal 6 pagi sudah tepakcak menunggu ketibaan ahli pendaki yang juga merupakan membe2 sekolah rendah aku,..

nak dijadikan cite..seramai 9 orang ahli berjaya sampai ke gunung dato tu..meskipun ade yang terlewat bangun dan sebagainya...bertolak punye bertolak..sampai le ke lokasi yang diidamkan tu...pendakian bermula seawal 8 pagi dan pagi tu agak sejuk dan nyaman ibarat seperti berada di sydney, Australia (macam aku penah gi lak australia tu)...

naik punye naik..tak sampai2 gak....aku pikir mase tu, gunung ni macam da takde penghujung,..tp akhirnye, aku sampai la jugak...aku ngan afiq berjaya sampai awal ke puncak sebab aku ngan die berlumba lari semasa mendaki.,keje gile...!!penat die jangan cakap la....



orang kate...kat puncak gunung tu ade tapak kaki hang tuah...haish..hang tuah hilang ntah kemana..tapak kaki die jugak yang die tinggalkan..tinggallah duit emas ke , perak ke..best la sikit nak bawak balik sebgai kenangan kan..hehe..


Selepas mendaki tu...sume da bantai lapar!!singgah la sekejap kat pekan rembau mencari warung2 untuk lepak...cari2 punye cari warung..warung mamak jugak jumpe...bantai,,janji kenyang!



ok la...aku nak cite panjang pun..tak ley sangat sebab tadi ade satu kejadian buruk belaku maa..tangan aku terseliuh gara2 nak parking moto orang lain...satu motor satu line sudah..ni parking makan sampai dua line...ni la manusia..seliuh tak seliuh mase tu,,janji aku dapat tengok KL GANGSTER...ok la sume, aku tinggalkan gambar2 kenangan untuk korang k...nite.. salam ;p




kat bawah ni video yang sempat aku rakam masa sampai kat puncak gunung dato'..tapi mase ni hanya AKU ngan AFIQ je yang berjaya sampai dulu..maka, kami
merakamkan kejayaan pendakian kami..