"Mat nak tau, ayah dulu pernah sepak ibu mat sampai terjatuh longkang..ayah mase tu nak gurau je..hehe," kata ayah kepada si anak mengingatkan kembali detik-detik indah semasa dating...
Saat paling indah ketika di sekolah rendah bersama rakan-rakan tidak pernah aku pudarkan dalam fikiran. Dari saat kami hanya berjalan kaki untuk kemana-kemana hinggalah mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak menjadikan aku sering teringat akan semua peristiwa yang membabitkan antara aku dan mereka. Meskipun kini kami sudah berusia 22 tahun dan masing-masing membawa hala tuju sendiri dengan memasuki institut pengajian tinggi, bekerja mahupun berumah tangga, namun kami tidak pernah melupakan antara satu sama lain. ALUMNI yang kami cipta menjadikan kami bersatu seperti dahulu.
ALUMNI yang pertama.
Hanya main boling dan berkarok...kat SEREMBAN PARADE.
SELEPAS PENAT MAIN BOWLING
ALUMNI yang keduaAktiviti memanjat Bukit Broga dan Berekreasi di Sungai Tekala, Mantin.
MUKE BAJET TAK PENAT..
ALUMNI yang ketiga
Pendakian Gunung Datuk, Rembau.
PUNCAK GUNUNG DATUK
ALUMNI yang keempat
BBQ yang membabit 34 ahli alumni hadir.
ALUMNI yang kelima
BBQ di Pantai Morib dan melihat Kelip-kelip di Kg Kuantan, Hulu Selangor
SELEPAS BBQ
BELUM ADA LAGI..dalam proses..INSYAALLAH akan adanya aktiviti berbuka bersama di UMBAI, Melaka..gi makan ikan bakar!!haha..semoga apa yang kita laksanakan ni dapat mengukuhkan lagi tali persaudaraan kita.
Kini, jumlah ahli ALUMNI Sekolah Kebangsaan Seri Kelana 1997-2002 telah mencecah seramai 97 orang. Tahniah kepada rakan alumni yang bertungkus lumus dalam memastikan kita semua dapat berhubung sehingga ke hari ini.
SEKIAN...
(maaf, ayat kali ni macam gampang sikit...!)