Wednesday, February 22, 2012

Kawan



Udara luar yang sejuk manje ditambah pula pepohon segar menghijau menghiasi keindahan malam (maklumlah, duk sebelah hutan kat blok 1 ipgkba nie) seolah-olah memanggil gua (muzakkir...muzakkir) tuk bercerita mengenai kisah persahabatan dan nilai sesebuah kehidupan.

Dalam hidup gua, selain daripada mak bapak dan adik beradik, kawan adalah orang ketiga terpenting...sebab istilah kawan dalam KAMUS DEWAN BAHASA MUZAKKIR (DBM) adalah seseorang yang banyak membantu hidup gua dalam meneruskan kehidupan sebagai guru pelatih di maktab nie..dalam erti kata lain, seseorang yang memberi keriangan gelak tawa tatkala duka dan penyeri di dalam susah dan senang.

Bila sebut pasal kawan, teringat pulak zaman sekolah menengah agama gua kat pedas...setiap ari sabtu malam...gua ngan kawan2 yang lain berkumpul dalam bulatan kat tengah2 surau tu..then menyanyikan lagu nasyid..!!gua kenal lagu nasyid mase kat sekolah agama tu la.. Al-maklumla,, name pun sekolah agama..takkan nak nyanyi lagu Meet Uncle Husin pulak kan..hehe..lari tul tema die tu....

So, antara lagu nasyid yang selalu dinyanyikan termasuklah lagu kawan dari kumpulan UNIC..antara rangkap yang gua masih ingat......

Oh! kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh! kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi Ummat Semesta




Nak mencari kawan, semua orang boleh..tetapi adakah kawan yang kite cari tu betul pada gayanya dan mempunyai ciri-ciri dan nilai-nilai seorang kawan..??itu terpulang la pada setiap individu untuk menilai..kerana kita sahaja yang mengenal kawan kita..

Bak kata perpatah, BERKAWAN BIAR SERIBU, BERCINTA BIAR SATU...gua sokong pepatah ni..sebab perpatah ni menunjukkan biarlah kita mempunyai ramai kawan dan setia pada yang satu iaitu kekasih..tp anak muda la nie..tau2 je la kan..tukar pepatah nie jadi lain lak..

BERCINTA BIAR SERIBU, BERKAWAN BIAR SATU
BERKAWAN BIAR SERIBU, BERCINTA BIAR SATU, DUA, TIGA
BERKAWAN BIAR SERIBU, BERCINTA NANTI DULU..

Macam2 la yang diolahnye..asalkan tak lari perkataan kawan ngan cinta tu..haha..

Sebelum gua nak akhiri post ni, gua nak ingatkan kat diri gua dan diri lu orang jugak yang ingatlah bahawa diri kita tak keseorangan...kita masih lagi ada orang yang sayang..FAMILY DAN SAHABAT...kalo korang putus cinta,,tak apa..kawan ade tuk hepi kan korang..kalo korang susah nak belajar..takpe!!kawan ade tolong ajarkan..kalo nak makan tak ade duit,,takpe..kawan ade tolong pinjamkan..maka, ingatlah..KITA TIDAK KESEORANGAN..... :)


Terima kasih sahabat :)

4 isi hati korang pasal post nie!!:

zakirul rahim said...

sahabat?? well..sangat best bila ada sahabat..terutamanya yang sekepala..

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

ko kawan aku tak?

muzakkir said...

nak aku komen ke??haha....

misz sunshine said...

setuju sgt...kwn sgt penting selain famili kita...

Post a Comment